Hiburan

Biar tak kahwin asalkan jangan buat bodoh – Soo Wincci

PENYANYI Dr. Soo Wincci berkata, biar tidak kahwin daripada kena buat ‘bodoh-bodoh’ demi mahu memikat lelaki.

Katanya, itu juga merupakan satu bentuk penipuan dan takkan kaum wanita perlu menipu seumur hidup mereka.

Dia tidak sependapat dengan padangan pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang menggunakan istilah wanita perlu ‘bodoh-bodoh’ sikit jika mahu cepat kahwin.

Wincci berkata, lebih tidak kahwin daripada perlu berpura-pura bodoh semata-mata untuk dapatkan pasangan hidup.

https://www.instagram.com/p/CP5ZnqMFUHl/

“Saya tak boleh terima ini, Buat bodoh hanya demi nak kahwih merupakan sesuatu yang tidak betul.

“Sebab anda sedang menipu orang di samping memijak sendiri samata-mata nak kahwih?

“Biarlah tak kahwin pun, jangan buat bodoh demi nak kahwin, takkan kita nak buat bodoh seumur hidup,” katanya di instagram

Dalam video motivasinya selama 56 saat, Dr. Muhaya antara lain berkata, kaum wanita perlu ‘bodoh-bodoh’ sikit untuk menambat hati lelaki dengan alasan golongan itu suka wanita yang lembut-lembut, mengharapkan dan mahu ditolong.

Dr. Muhaya dalam video motivasi itu mengulas tentang mengapa wanita lambat kahwin telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. – SM

(Visited 682 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button