Politik

Isu bahasa Melayu: MCA bukan DAP, kata Ka Siong

MCA bukan DAP. MCA kekal dengan nilai-nilai inklusif, kesederhanaan dan kepelbagaian.

Jawapan itu diberikan oleh Presiden MCA Wee Ka Siong berhubung isu hantaran yang dibuat oleh Facebook rasmi MCA yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Hantaran itu menjadi kontroversi apabila ahli politik pembangkang mempersoalkan kenapa ucapan tahniah itu dibuat hanya dalam bahasa Inggeris dan Cina.

“Salam MCA, English ada, Cina ada, tapi mana bahasa Melayu,” ciap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan di Twitternya.

Bekas Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri  Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mengkirtik hantaran tersebut, “Pertahankan bahasa Melayu. Belum angkat sumpah dah macam ni,” ciap Shamsul Iskandar.

Kritikan tersebut membuatkan Ka Siong keliru sama ada mahu marah atau gelak. Ini kerana beliau antara yang terawal menulis dalam Bahasa Malaysia berkaitan lantikan sebagai Menteri Pengangkutan.

“Saya memuatnaik hantaran di FB pada jam 7.01pm. Kalau dia tak baca, takkan salah saya pula? Saya tak tahulah nak marah ke nak gelak. Ini orang kuat DAP. Dia setiausaha politik Kit Siang

“Seolah-olah sengaja nak memainkan sentimen perkauman dengan harapan orang-orang Melayu akan marah kepada saya dan MCA. Mesej orang kuat DAP ini telah diviralkan di dalam media sosial terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Tak baik tau berniat jahat macam ini, berdosa!” kata Ka Siong.

Jelas Ka Siong, FB rasmi MCA, turut memuatnaik infografik dalam tiga versi  iaitu bahasa Malaysia pada pukul 7.08 malam manakala Inggeris dan Mandarin pada pukul 7.12 malam.

“Nasihat saya yang pertama, usahlah terbawa-bawa ideologi memecah-belahkan masyarakat. MCA bukan DAP. MCA kekal dengan nilai-nilai inklusif, kesederhanaan dan kepelbagaian.

“Kedua, sila LIKE dan FOLLOW laman FB saya dan FB rasmi MCA. ‘Following’ > ‘see first’,” kata Menteri Pengangkutan itu.-SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button