Nasional

Ingkar kuarantin wajib: Tindakan penguatkuasaan perlu diambil oleh polis

MEREKA yang ingkar arahan kuarantin wajib di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu diambil diambil tindakan oleh agensi penguat kuasa seperti polis dan bukannya Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood berkata, kementerian hanya memastikan orang ramai mematuhi arahan di bawah Akta 342.

“Yang pertama kita kena faham. Akta 342 memang jelas. Tugas Kementerian Kesihatan ialah keluarkan arahan memastikan orang ramai patuh kepada arahan (di bawah Akta 342).

“Kalau ada yang tidak ikut arahan, KKM akan kemukakan masalah itu kepada peguam atau polis untuk mengambil tindakan,” katanya sebelum menyertai acara kayuhan anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasa tidak puas hati orang ramai melalui media sosial apabila Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hanya dikompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah di bawah Akta 342 setelah pulang dari Turki pada 7 Julai.

Menurut Dr. Jemilah, orang ramai sudah salah faham mengenai keadaan tersebut.

Katanya, Kementerian Kesihatan sudah menjalankan tugas sangat baik dalam mengawal COVID-19 di negara ini.

“Kini semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan sangat penting dengan menjaga jarak dan memakai pelitup muka. Kita boleh menang,” katanya.

Khairuddin telah pergi ke Turki dan pulang pada 7 Julai lalu.

Berdasarkan arahan daripada Kementerian Kesihatan, mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin selama 14 hari.

Lagi pula Khairuddin baru pulang dari Turki, iaitu negara yang berisiko tinggi kerana setiap hari ia mencatatkan lebih 1,000 kes positif baharu dan kes terkumpul sudah mencecah ratusan ribu.

Selepas pulang dari Turki, tanpa melakukan kuarantin Khairuddin telah menghadiri sekurang-kurangnya 12 program dan acara termasuk Parlimen (13, 14, dan 16 Julai), Jasin (15 Julai), Jabatan Perdana Menteri (18 Julai), Kuala Nerus (18 Julai), Setiu (18 Julai), Pantai Penarak, Terengganu ( 18 Julai), dan Pulau Duyong (10 Julai 19).-SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button