Nasional

Ibu maut kereta dipandu suami terbabas, pejalan kaki warga emas maut dilanggar

MAUT di pagi Syawal.

Seorang ibu berusia 33 meninggal dunia selepas kereta yang dipandu suami terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Kilometer 2.1, Jalan Datuk Ali, Behor Temak, Kangar pada pukul 7.15 pagi ini.

Ketua Polis Kangar, Assisten Komisoner, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa Mira Azira Mohamad yang beralamat di No.9, Jalan Radin, Taman Bunga Padi, Kangar telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun kata Yusharifuddin, suami mangsa, Nor Radzuan Abd Rahman, 33 dan anak perempuan, Rabiatul Adawiyah, 4, hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, kedua beranak ini telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan lanjut.

Yusharifuddin berkata, semasa kejadian pemandu (suami mangsa) dikatakan dari arah Kangar yang menghala ke Kuala Perlis sebelum terbabas.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HTF untuk bedah siasat.

Sementara itu, Yusharifuddin berkata, seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan.

Beliau berkata, Kamis Mohamad, 79 yang tinggal di No.14, Jalan Kg. Nesam, Kurong Batang, Kangar meninggal di tempat kejadian.

“Dalam kejadian ini, pemandu kereta yang berusia 43 tahun dikatakan datang dari Sungai Batu Pahat ke arah Kangar pada kira-kira pukul 8.10 malam pada 1 Mei (semalam),” katanya.

Katanya, ketika sampai di Jalan Kurong Batang berhampiran Kampung Nesam telah melanggar warga emas yang melintas jalan dari kanan ke kiri jalan.

Tambahnya, akibat pelanggaran itu telah menyebabkan mangsa jatuh terpelanting ke bahu kiri jalan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTF untuk bedah siasat. – SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button