fbpx
Politik

UMNO tuntut Syed Saddiq mohon maaf atau disaman

BARISAN Peguam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menghantar notis tuntutan kepada Syed Saddiq Abdul Rahman susulan dakwaan UMNO menjadi dalang mencetuskan huru hara program Rapat Umum Armada malam tadi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, notis tersebut menuntut Ketua Armada Bersatu itu memohon maaf atau menghadapi saman fitnah.

“Barisan Peguam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai Ketua Sekretariat Peguam Muda PPUM Nik Saiful Adli Pok Nik Li akan menghantar notis tuntutan kepada Syed Saddiq untuk meminta beliau mengeluarkan perkataan fitnah terhadap UMNO daripada status Facebook.

“Dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO di Facebook. Jika gagal, Pemuda UMNO akan memfailkan saman fitnah di mahkamah,” kata Asyraf Wajdi.

Selain itu, Asyraf Wajdi juga berkata, beliau telah meminta Pergerakan Pemuda UMNO Johor yang diketuai Mohd Hairi Mad Shah untuk membuat laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan itu.


Laporan itu berkaitan kenyataan Syed Saddiq di Facebooknya yang menuduh UMNO sebagai dalang mencetuskan huru-hara dalam program Armada sehingga beliau terpaksa melarikan siri dan memanjat pagar meninggalkan majlis malam tadi.

“Diharapkan pihak polis dapat segera menyiasat Syed Saddiq di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memiftnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik,” kata Asyraf Wajdi.

Syed Saddiq hari ini mendakwa UMNO menjadi dalang mencetuskan huru hara program Rapat Umum Armada malam tadi.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, tindakan kumpulan itu sangat ganas dan merbahaya.

Gambar Syed Saddiq memanjat pagar untuk melarikan diri daripada kumpulan terbabit viral di media sosial hari ini.

Aksi Syed Saddiq  itu turut menjadi tajuk perbualan di media sosial hari ini.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button