Nasional

Industri pengangkutan darat di status quo

Nasib pemandu teksi termasuk warga emas tidak terbela

“SEBENARNYA dalam industri pengangkutan darat negara khususnya industri teksi, sebagai pemain industri, kami terpaksa mengadapi pelbagai masalah dan apa yang disiarkan oleh Suara Merdeka bukanlah satu masalah yang asing bagi kami,” kata Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamarudin Hussain.

Kamarudin Hussain

Beliau berkata, “kami melihat ini semua adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan yang melantik seseorang yang bukan dari industri pengangkutan sebagai Menteri Pangangkutan.

“Apabila seseorang yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan hidup kami diangkat dan diberi jawatan, mereka bukan sahaja tidak mampu menjiwai penderitaan yang kami alami.

“Malahan tidak mempunyai hati untuk menyelesaikan masalah apatah lagi membela kebajikan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan SUARA MERDEKA hari ini bagi mengulas nasib pemandu teksi warga emas yang terjejas teruk mata pencarian mereka sejak perkhidmatan e-hailing diperkenalkan.

BACA PAUTUAN DI BAWAH:

Teksi warga emas jadi debu

Kata Kamarudin lagi, satu tindakan drastik perlu dilakukan bagi mengubah nasib pemandu teksi dan kaedahnya adalah melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Maka itulah pada PRU15 nanti, kami akan melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana komuniti dalam negara.

“Menerusi Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) yang diwakili oleh Teksi, Kereta Sewa, Bas, EHailing, Phailing dan Lori, kami akan bekerjasama dengan mana-mana komponan parti politik yang bersedia mendengar permintaan dan mengikut kehendak kami,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu orang politik yang tidak berengalaman dan berpengetahuan tentang indusri pengangkutan darat diangkat sebagai Menteri Pengangkutan.

“Sebaliknya kami mahu seorang wakil dari industri pengangkutan sendiri yang diangkat sebagai Menteri,” katanya.

Tambah beliau, mereka yakin, hanya dengan tindakan tersebut segala masalah yang melanda industri  bukan sahaja akan diberikan perhatian yang sewajarnya malahan masalah pemandu pengangkutan darat akan dapat diselesaikan secara tulus dan tuntas.

Sejarah telah membuktikan tidak ada seorang pun Menteri Pengangkuta yang dilantik selama ini mempunyai semangat untuk menyelesaikan masalah pemandu teksi, tegas Kamadurin.

Sebaliknya, ujar beliau, banyak masalah yang dipanjangkan kepada mereka hanya di tong sampahkan.

“Oleh itu, demi satu perubahan, saya mengajak semua pemain industri pengangkutan darat bersatu hati. Tolong ketepikan fahaman politik dan utamakan nasib pemandu pengangkutan darat termasuk pemandu teksi warga emas,” katanya. – SM

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button