Nasionalpilihan

Lelaki Bangladesh diculik rakan senegara, tuntut tebusan RM100,000

POLIS menyelamatkan seorang lelaki Bangladesh yang diculik dua rakan senegaranya yang didapati hilang sejak 27 Ogos lalu.

Difahamkan, satu laporan polis juga telah dibuat oleh seorang lelaki Bangladesh pada pukul 12.05 tengah malam semalam di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang selepas pengadu mengetahui perkara tersebut daripada isteri mangsa yang berada di Bangladesh.

Mangsa pada mulanya dilarikan oleh dua suspek lelaki Bangladesh ketika berada di kawasan Jelok Ria dan telah menghubungi isteri mangsa untuk meminta meminta wang tebusan yang dianggarkan berjumlah RM50,000.

Isteri mangsa yang ketakutan telah melakukan transaksi tersebut ke atas akaun bank tempatan Bangladesh yang tidak dikenali.

Walaubagaimanapun, selepas tiga hari diculik, suspek telah meminta tambahan sebanyak RM50,000 untuk membebaskan mangsa yang disembunyikan di lokasi rahsia.


Akibat telah kehabisan duit, isteri mangsa telah menghubungi pengadu untuk meminta bantuan.

Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menangkap empat suspek di hadapan kedai di TTDI Grove Kajang kurang daripada 24 jam selepas aduan dibuat oleh pengadu.

“Hasil pandu arah oleh suspek telah membawa pasukan polis ke kawasan perumahan di Bandar Teknologi Kajang dan menemukan mangsa di dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas rumah.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan lemah dan kedua-dua tangan bergari manakala kedua kakinya dirantai dan dikunci dengan mangga,” katanya.

Menurut Zaid, turut ditangkap ialah seorang wanita warga tempatan yang juga isteri kepada seorang daripada suspek.

“Kesemua saspek akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang bagi tujuan tahanan reman pada hari ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 365/384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button