Ekonomi

inDrive lancar inisiatif filem global tanpa untung Alternativa Film Project

Syarikat teknologi global inDrive, yang terkenal dengan model harga rakan setara (peer-to-peer) yang inovatif, hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan misinya untuk memajukan ekuiti global dengan melancarkan Alternativa Film Project.

Inisiatif filem global bukan berasaskan untung ini bertujuan menyokong pembuat filem baru muncul dari industri perfileman yang kurang maju.

Program ini merangkumi tiga inisiatif: majlis anugerah inovatif yang mengiktiraf impak filem cereka, filem animasi, dokumentari dan filem pendek tempatan; pembiayaan melalui hadiah wang tunai kepada pemenang; dan latihan untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran generasi pembuat filem akan datang.

Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada rantau yang berbeza bagi setiap beberapa tahun and edisi sulung Alternativa ini akan memberi tumpuan kepada Asia Tengah. Projek ini akan beribu pejabat di Almaty, Kazakhstan, pusat kebudayaan di rantau ini di mana tradisi nomad berkurun lamanya bercampur dengan seni dan muzik kontemporari.

Dihuni oleh pelbagai kumpulan etnik, rantau ini menampilkan gabungan budaya, agama dan kepercayaan yang menarik serta penuh dengan cerita yang ingin dikongsi ke seluruh dunia, namun masih belum diterokai oleh industri secara amnya.

Projek ini akan dimulakan dengan program pendidikan percuma dan praktikal – bootcamp “Teen Lab” yang bertujuan memupuk bakat artistik muda, mendidik peserta tentang asas perfileman dan kepentingan kerja berpasukan.

“Impact Lab” ialah program pertama di luar Global Utara (Amerika Utara, Eropah, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand) yang direka untuk mengajar penerbit tentang cara membuat filem yang lebih berkesan, mampan serta inklusif dengan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi kerajaan. Program lain di bawah inisiatif ini termasuk tayangan filem awam, acara rangkaian, bengkel picing, dan hiburan pendidikan pendek untuk media sosial.

Satu lagi tonggak utama projek ini ialah majlis anugerah sulungnya, Alternativa Film Awards, iaitu sistem penganugerahan alternatif yang mengiktiraf merit artistik, potensi pembuatan filem dan usaha memperluaskan impak sosial perfileman, serta lebih banyak filem arus perdana yang diminati penonton yang luas.

Majlis ini tidak akan memberi penganugerahan tradisional seperti “Filem Terbaik,” “Pengarah Terbaik” dan “Pelakon Terbaik”, tetapi sebaliknya akan memberi anugerah untuk filem dan bakat yang memberi impak besar terhadap budaya, masyarakat dan industri.

Anugerah sepanjang zaman merangkumi “Spotlight Award” yang memberi penghormatan kepada filem yang memfokus kepada topik atau cerita yang kurang diberi tumpuan, dan “Future Voices Award” yang diberikan kepada pembuat filem pertama kali yang berpotensi untuk menyumbang kepada perubahan dalam industri filem dan masyarakat secara amnya.

Perbezaan lain termasuk “Alter Award,” yang memperingati filem yang mengenengahkan isu sosial yang kritikal (seperti hak asasi manusia, penghijrahan, jenayah perang, dan alam sekitar), dan “Nativa Award” yang mengiktiraf filem yang menyentuh topik identiti kebangsaan atau budaya.

Juri akan terdiri bukan hanya daripada profesional industri, tetapi juga pembuat filem dan pemimpin industri yang bertanggungjawab secara sosial.

Mereka akan menyampaikan hadiah wang tunai kepada para pemenang untuk memajukan lagi kemahiran pembuatan filem mereka.

Hadiah berjumlah USD100,000, akan dibahagikan sama rata antara lima pemenang festival supaya tidak membentuk hierarki.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada awal Disember 2023, kini menerima penyertaan dari semua negara Asia termasuk Malaysia (kecuali untuk kategori Filem Pendek yang hanya terbuka kepada negara Asia Tengah), dengan matlamat menyokong filem yang membawa perubahan kepada dunia dan masyarakat melalui impak estetik dan etika kepada penonton.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif inDrive, Arsen Tomsky berkata, “Filem ialah alat yang berkuasa untuk perubahan sosial.

“Terdapat begitu banyak karyawan kreatif dan pelopor yang tidak dikenali dan tidak diiktiraf oleh sistem tradisional.

“Sebagai syarikat permulaan pengganggu dari luar Global Utara dan didorong matlamat mewujjudkan dunia yang lebih saksama, kami menghargai dan mengiktiraf hasil kerja perintis kreatif dalam industri perfileman.

“Kami sangat teruja untuk meneruskan pengembangan kami ke dalam ruang seni dan menggunakan sumber kami untuk membantu pembuat filem baru berjaya. Ia sangat penting untuk memupuk dan meraikan bakat yang kurang diberi tumpuan dalam hierarki sedia ada, memajukan bakat tempatan dalam pasaran baru muncul, dan memupuk komuniti artistik.”

Alternativa Film Project menandakan permulaan terbaru dalam senarai inisiatif syarikat yang panjang untuk mencabar ketidakadilan sistematik dan menyediakan sokongan sosial kepada komuniti yang kurang diberi tumpuan.

Dengan mengangkat industri filem yang kurang diberi tumpuan, Alternativa berhasrat untuk memperkasakan suara artistik generasi baru di peringkat global. – SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button