fbpx
Luar Negara

Covid-19 dijangka membunuh lebih ramai rakyat AS berbanding perang

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump membuat perbandingan pandemik Covid-19 dengan perang – dan wabak itu dijangka akan membunuh lebih ramai rakyat negara itu berbanding perang Vietnam, Korea dan Perang Duna Pertama (WW1)

Jangkaan yang dikeluarkan pada Selasa oleh Rumah Putih menunjukkan bahawa Covid-19 berpotensi menjadi punca kematian utama ketiga selepas sakit jantung dan kanser pada tahun ini.

Pegawai di Rumah Putih menganggarkan wabak Covid-19 akan membunuh antara 100,000 dan 240,000 rakyat Amerika Syarikat tahun ini, walaupun ada langkah pencegahan seperti jarak sosial, menutup perniagaan dan mengawal pergerakan.

“Ini akan menjadi dua minggu yang teruk,” kata Trump pada sesi taklimat Rumah Putih.

Presiden AS itu berkata, kadar kematian akibat musuh yang tidak nampak itu dahsyat.


Pada Rabu, jumlah kes Covid-19 di AS sudah melebihi 200,000 dengan 4,400 kematian.

CNBC melaporkan, paling rendah kadar kematian yang diramalkan akibat wabak itu di AS ialah 100,000. Jumlah itu akan mengatasi sejumlah 90,000 kematian ketika perang Vietnam, dan boleh menyamai angka kematian ketika WW1 iaitu 116,516 orang.

“Sebagai peringatan kepada angka ini, kita perlu bersedia menghadapinya.

“Ini akan menjadi sukar, tidak ada siapa boleh menafikan apa yang kita lalui sekarang ini masa yang sangat sukar,” kata Pengarah Pengarah Institut Alahan Kebangsaan, Dr. Anthony Fauci yang juga merupakan salah seorang dalam Pasukan Petugas Khas Covid-19 Rumah Putih.

JIka 240,000 rakyat AS maut akibat wabak ini tahun ini, seperti mana yang dijangkakan, ia merupakan separuh daripada angka jumlah keseluruhan rakyat AS yang terbunuh dalam perang saudara – konflik selama empat tahun yang membunuh paling ramai rakyat negara itu berbanding mana-mana perang.

Jika berdasarkan jangkana tertinggi, akan menjadikan kematian akibat wabak itu jauh lebih tinggi daripada maut akibat kemalangan jalan raya yang kini berada pada kedudukan ketiga sebagai punca kematian utama di negara itu.

Jika ambil jangkaan paling rendah, kematian akibat Covid-19 akan mengatasi kematian akibat kencing manis, wabak selesema, bunuh diri terlebih ambil dadah dan kemalangan.

“Kita perlu bersedia. Dalam tempoh beberapa hari kita akan melihat perkara ini akanterus meningkat.

“Jangan biarkan kita kecewa kerananya, kerana langkah pencegahan berkesan dan ia akan berkesan,” kata Fauci.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button