fbpx
Politik

Ikatan cadang Tun M tubuh kerajaan Perikatan Nasional

PARTI Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mencadangkan kepada Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan kerajaan yang dinamakan Perikatan Nasional. Kerajaan tersebut merupakan kerja sama parti politik di Malaysia.

Jelas Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir,  perkataan Perikatan wajar digunakan agar semua pihak sedar dan insaf mengenai perjuangan mulia bapa-bapa kemerdekaan dahulu yang memerdekakan negara.

“Parti Ikatan penuh yakin dan merayu kepada Tun agar dengan kerajaan baru ini, beliau membawa kembali perjuangan mulia yang dipelopor parti Perikatan dahulu,

“Yang telah memerdekakan negara ini, kemudian membesarkannya menjadi Malaysia dan dalam masa yang sama berjaya membina asas yang begitu kukuh bagi kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi akan datang,” kata

Menurut Abdul Kadir, Dr. Mahathir perlu memilih anggota pentadbiran yang benar-benar bersih dan cekap serta komited dalam memerangi gejala-gejala busuk yang telah dijijikkan oleh rakyat dalam pilihanraya lalu.


Anggota Kabinet juga perlu dianggotai dalam kalangan pemimpin yang berani untuk menegakkan juga Kedaulatan Undang-Undang.

Jelasnya, kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 adalah kerana kerana “tsunami Tun Dr. Mahathir”.

Justeru, rakyat Malaysia yang mengundi berhasrat agar kerajaan baru pada ketika itu boleh membawa pembaharuan dan inginkan Tun Mahathir memimpin kerajaan tersebut.

Mereka yang menyusahkan Dr. Mahathir dalam pentabiran beliau boleh dianggap sebagai pengkhianat terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Abdul Kadir  berkata, rakyat  di seluruh negara sebenarnya berasa sangat kecewa di atas kelembapan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut beliau, rakyat sangat tertekan dan kecewa dengan sifat-sifat sombong, bongkak dan gila kuasa yang di tunjukkan oleh pemimpin Pakatan Harapan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat negeri.

“Semuanya ini adalah kerana mereka tidak berpengalaman, sememangnya lembap dan lembik dan sememangnya gila kuasa serta juga tidak menghargai mandat dan amanah rakyat yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan,” kata Abdul Kadir.-SM

 

 

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button