Ekonomi

IIM dan Yayasan Pahang anjur AIGA 2020

 

Kuala Lumpur 21 Okt. – Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pahang buat pertama kalinya menganjurkan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah bagi tahun 2020 (AIGA 2020).

Anugerah yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia diadakan bagi meningkatkan integriti dan memantapkan tadbir urus dan membanteras rasuah.

Majlis Anugerah yang akan berlangsung pada 26 Oktober ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran AIGA 2020 yang telah berlangsung sejak dari November 2020.

Walaupun cabaran pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak merencatkan kelancaran anugerah ini, namun berbekalkan kepada bantuan dan sokongan padu pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Pahang telah menjadikan AIGA 2020 ini dapat direalisasikan dengan jayanya.


IIM dalam kenyataannya berkata,
AIGA 2020 ini juga telah mendapat kerjasama penganjuran daripada beberapa rakan strategik terutamanya Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SIRIM QAS International Sdn. Bhd. , Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan juga Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH).

“Bagi penganjuran pertama AIGA 2020, penyertaan dibuka khas kepada organisasi kerajaan mahupun swasta yang beroperasi khusus di Negeri Pahang. Malah sambutan yang diberikan adalah sangat memberansangkan dan sebanyak 41 buah organisasi merangkumi sektor awam dan swasta telah menyertai anugerah ini,” kata IIM.

Sambutan luar biasa ini menzahirkan kepada komitmen ramai pihak tentang peri pentingnya pengamalan budaya integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi.

Mengambil ilham daripada Sistem Pengurusan Anti Rasuah (MS ISO : 37001) dan juga Garis Panduan Tatacara Mencukupi, penilaian anugerah dijalankan secara lebih inklusif dan juga merangkumi semua aspek meliputi pengurusan integriti, tadbir urus dan juga usaha-usaha antirasuah dalam organisasi yang mengambil bahagian.

Penganjuran AIGA 2020 di peringkat negeri Pahang ini adalah merupakan langkah permulaan untuk mengangkat anugerah ini sebagai anugerah integriti di peringkat nasional pada masa akan datang.

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button