Nasional

Hubungan akrab dengan Indonesia noktahkan isu berlarutan

HUBUNGAN akrab dan komitmen pemimpin Malaysia dan Indonesia telah menoktahkan pelbagai isu berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Peningkatan kerjasama dan persefahaman dalam masa singkat dengan Indonesia disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai luar biasa.

“Kerjasama dua hala yang sampai ke tahap membanggakan ini bukan sahaja memberi manfaat dan faedah kepada kerajaan malah juga rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu pertemuan di Bogor, Joko Widodo atau dikenali sebagai Jokowi menyatakan, rundingan yang puluhan tahun diadakan tidak dapat diselesaikan.

“Saya bangga dengan kepimpinan dan rakan-rakan hari ini yang dapat menyelesaikan isu puluhan tahun,” katanya dalam sidang akhbar bersama Jokowi di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Terdahulu, Anwar dan Jokowi menyaksikan pertukaran dokumen bagi enam instrumen yang dimeterai.

Ia melibatkan Perjanjian mengenai Rentas Sempadan, Perjanjian Perdagangan Sempadan, Kerjasama Promosi Pelaburan, Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal bagi Produk Domestik, Perjanjian Persempadanan Laut di Selat Melaka serta Sulawesi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerjasama perdagangan dan pelaburan turut diberi tumpuan penting kedua-dua negara. – SINAR HARIAN – SM

BACA Anwar hadiri Sidang Kemuncak Asean

BACA Anwar tiba di Labuan Bajo, Indonesia hadiri Sidang Kemuncak ASEAN

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button