Nasional

Anwar hadiri Sidang Kemuncak Asean

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-42 2023 dan sesi pleno untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama serantau itu.

Seramai lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota Asean menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar, yang tidak dijemput, dan Thailand, yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei.

Turut hadir Setiausaha Agung Asean Dr Kao Kim Horn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Para pemimpin memulakan mesyuarat dua hari untuk membincangkan beberapa isu penting bagi mengukuhkan daya tahan ekonominya dan menghadapi cabaran semasa.

Ini selaras dengan tema pengerusi blok serantau Indonesia 2023, “Asean Matters: Epicenter of Growth.” -SM

BACA JUGA : Anwar dan Wan Azizah tersentuh selepas menonton kisah perjuangan mereka

 

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button