Hiburan

Anwar dan Wan Azizah tersentuh selepas menonton kisah perjuangan mereka

Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa tersentuh selepas menonton tayangan filem “Anwar: The Untold Story”.

Filem itu berkenaan kisah perjuangan politik beliau yang diabadikan dalam satu penceritaan.

Tayangan Perdana Filem Anwar ( The Untold Story)
Tayangan Perdana Filem Anwar ( The Untold Story)

Beliau juga menyifatkan penghasilan filem tersebut sangat pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus tepat namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan merupakan kejadian sebenar.
“Peristiwa puluhan tahun untuk disingkatkan itu sudah tentu tidak mudah malah sinematografi filem ini juga bagi saya sangat baik.

“Saya sukar mengulas kerana ada episod yang telah kita lupakan kerana sakit dan menyedihkan. Banyak beban tertanggung adalah Azizah, anak-anak dan rakan-rakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menonton tayangan perdana filem itu di Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang, malam tadi.

Mengulas lebih lanjut tentang filem ini, fokus utama adalah menolak rasuah ia merupakan salah satu sifat peribadi PM-10.

Farid Kamil bersama Anwar
Farid Kamil bersama Anwar

Isu rasuah boleh disifatkan sebagai masalah sejagat tidak pernah berkesudahan terutama apabila membabitkan pemimpin atau dalam kalangan pucuk pimpinan negara atau kerajaan.
Seterusnya terdapat juga babak Anwar ditangkap di rumahnya atas tuduhan rasuah dan menghalang siasatan tuduhan liwat pada tahun 1998.

Babak yang paling ditungu-tunggu apabila Anwar didalam penjara bagaimana beliau disiksa dan dipukul sehingga matanya lebam.

Secara langsung dalam filem ini banyak berkisahkan suka duka beliau semasa pemerintahan di bawah Tun Dr Mahathir.

Pujian harus diberikan untuk pelakon Indonesia, Acha Septriasa yang melakonkan watak Wan Azizah kerana cuba untuk bercakap bahasa Melayu walaupun tidak sempurna namun dapat dilihat dari segi lakonannya, dia cuba yang terbaik demi menjayakan watak tersebut.

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button