Nasional

Hari kedua kes aktif Covid-19 bawah 1,000, jumlah sembuh 87.2 peratus

HARI ini buat kali kedua kes aktif Covid-19 masih di bawah 1,000 kes iaitu sebanyak 973 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah terdapat 41 kes baru direkodkan hari ini iaitu 38 kes penularan tempatan dan 3 kes import. Kes penularan tempatan melibatkan 32 warga asing dan 6 kes warga tempatan.

Seramai 54 orang sembuh hari ini dengan keseluruhan sembuh adalah sebanyak 7,400 orang.atau 87.2 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan iaitu 8,494 orang.

Tiada kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah kematian kekal 121 orang.-SM

 

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button