Nasional

MCMC, PDRM, NGO bincang kaedah tangani isu jenayah seksual terhadap kanak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima kunjungan daripada Yayasan Chow Kit (YCK) serta lebih sepuluh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain bagi membincangkan tentang isu amang seksual dan pengantunan seksual dalam talian serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya semalam.

Sesi perbincangan ini telah diketuai oleh Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng; Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin; wakil daripada Polis Diraja  Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak, Superintenden Hirdawati Isa; Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin serta Datin PH Wong, Pengarah Eksekutif Childline Foundation.

Hadir sama pada perbincangan ini adalah wakil daripada ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women’s League (JEWEL).

Intipati perbincangan antaranya melibatkan statistik kes-kes yang berlaku serta pendekatan yang boleh diambil secara kolaboratif di antara MCMC, PDRM dan NGO dalam usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia. – SM

(Visited 9 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button