Berita GajetNasional

Penggodam Zionis mula bergerak, ini tips untuk Tentera Bawang

Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS)* serta Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) mengesan akan berlaku Ancaman Siber kepada Malaysia sebagai tindak balas oleh pihak Siber Israel dan Sekutunya disebabkan serangan media sosial dan pengodaman oleh beberapa pihak Penggodam yang memperkenalkan diri mereka dari Malaysia dan Indonesia beberapa hari lalu; Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai terutamanya Rakyat Malaysia yang telah membuat komen diminta untuk meningkatkan keselamatan data peribadi di dalam talian seperti berikut;-

*a) Sila buat 2FA, Pengesahan Email Peribadi @google atau lain-lain rangkaian dan Nombor Telefon diverifikasi dengan menukar kata laluan pada email anda;*

*b) Twitter : SETTING AND PRIVACY > ACCOUNT > SECURITY > TWO FACTOR AUTHENTICATION & PASWORD RESET PROTECTION > 2-2 FACTOR AUTHENTICATION (Sila ‘on’ dua kali untuk lebih selamat);*

*c) TEXT MESSAGE : AUTHENTICATION > SECURITY KEY (Pilih Keselamatan yang difikirkan selamat)*

*d) FACEBOOK : SETTING & PRIVACY > SETTING > SECURITY AND LOGIN > TWO FACTOR AUTHENTICATION;*


*e) INSTAGRAM : SETTING > SECURITY > TWO FACTOR > (Pilihlah cara yang selamat bagi anda);*

*f) WHATSAPP : SETTING > ACCOUNT > 2 FACTOR AUTHENTICATION;*

*g) TELEGRAM : SETTING > PRIVACY & SECURITY > TWO STEP VERIFICATION;*

CDCS & MEMO juga menasihatkan Badan-Badan Sukarela, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan Soladiriti Palestin dan Badan Pemegang Amanah bantuan atau sumbangan bagi Rakyat Palestin untuk sentiasa mengawasi setiap masa laman sesawang (Website) masing-masing termasuk menukar kata laluan setiap hari, kata laluan email atau Username pada sistem sesawang anda sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman HACKER SIBER ISRAEL.

Sekali lagi, CDCS & MEMO menasihatkan kepada orang ramai untuk terus peka dan ambil makluman atas ancaman siber yang sedang dirancang oleh pihak tertentu dalam mengodam sistem dalam talian pada masyarakat dan badan persendirian mahupun agensi penguatkuasaan.

CDCS & MEMO akan terus membuat pantauan dan tinjauan dalam siber media digital mengenai hal ini dari masa kesemasa secara menyeluruh. Semua maklumat terkini akan di muat naik di dalam *Twitter @RisikanCDCS (Unit Risikan Siber CDCS Malaysia). *Page FB: Majlis Gabungan Media Digital Malaysia – MEMO.* CDCS & MEMO akan memberikan membantu tips yang bersesuaian di medium tersebut.

Sekian, terima kasih

*#SafePalestine #GazaUnderAttack #WeStandForPalestine*

*PUSAT MEDIA DIGITAL, KESELAMATAN SIBER DAN KOMUNIKASI (CDCS)*
*& PERTUBUHAN MEDIA DIGITAL KEBANGSAAN MALAYSIA (MEMO)*
*Email: [email protected] / [email protected] / [email protected]*

(Visited 237 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button