Pencemaran

Bacaan pencemaran LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi meningkat

BACAAN pencemaran di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan berada pada tahap tinggi iaitu 18 TON sehingga pukul 12.30 tengah hari

Manakala bacaan di muka sauk Logi Rawatan Air Sungai Semenyih pada 9 TON dan muka sauk LRA Bukit Tampoi pada 8 TON.

Loji rawatan air hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada bacaan 0 TON.

Bacaan tersebut meningkat berbanding kenyaataan Air Selangor pagi tadi iaitu tahap 5 TON di muka sauk Logi Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dan 7 TON di muka sauk LRA Sungai Sungai Semenyih.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan berkata, pihaknya belum dapat mengenalpasti punca pencemaran Sungai Batang Benar sehingga mengakibatkan bekalan air mentah di beberapa kawasan di Lembah Kelang terputus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, Logi Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum boleh beroperasi.

Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 64 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas sejak pukul 8 pagi tadi,

Sebanyak 14 tangki statik, 7 stesen pengisian setempat, 9 PKS dan 10 pili awam juga disediakan untuk kemudahan penguna yang terjejas.

Pencemaran bau Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan sejak jam 4.30 petang semalam, disyaki berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan pada pukul 4.30 petang semalam, akibat insiden pencemaran di LRA itu.-SM

 

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button