Nasional

Harga siling minyak masak 5kg akan turun mulai Sabtu

MULAI hari Sabtu ini harga siling minyak masak botol lima  kilogram (kg) akan diturunkan sebanyak RM2 iaitu daripada RM33.50 kepada RM31.50.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan.

Selain itu katanya minyak masak tulen kemasan botol yang juga akan turun.

Iaitu botol 3 kg turun kepada RM19.90 daripada RM21.10; botol 2 kg (RM13.50 daripada RM14.30); dan botol 1 kg (RM7.10 daripada RM7.50).

“Diharapkan penetapan harga baharu ini berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Pada masa sama beliau meminta menyeru pengguna untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan secara rasmi sebarang pelanggaran undang-undang melalui saluran disediakan. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button