Nasional

Karnival Kerjaya di Melaka tawar 11,000 peluang pekerjaan

Wartawan Suara Merdeka

AYER KEROH 13 Jun – Sebanyak 11,000 peluang pekerjaan daripada 37 syarikat swasta ditawarkan untuk
penduduk di negeri ini pada Karnival Kerjaya Jamin Keluarga Malaysia 2022 Careertrans di Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dari 18 hingga 19 Jun ini.

Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu dijangka dihadiri lebih daripada 7,000
pengunjung yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dan Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sam
berkata, antara syarikat swasta yang menawarkan peluang pekerjaan seperti Petronas, Sime Darby Plantation
Berhad, Maybank Berhad, Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd., Honda Malaysia Sdn. Bhd., Hatten Hotel Melaka
A Famosa Resort dan banyak lagi.

Menurutnya, keunikan karnival kali ini berbanding dua tahun lalu ialah penglibatan daripada daripada
syarikat digital seperti Grabcar, Iheal Medical Services dan Akla Services yang menawarkan peluang
pekerjaan dalam ekonomi Gig.

 

Ngwe Hee Sem (kanan) dan Abd. Razak Omar meninjau persiapan karnival di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

“Karnival kerjaya ini dapat menyediakan satu platform kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan
khususnya dalam kalangan graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTA),
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Karnival ini adalah untuk memenuhi keperluan penempatan pekerjaan dan seterusnya dapat mengatasi masalah
isu peningkatan jumlah pengangguran di negeri ini,” ujarnya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Perkeso Melaka, Abd. Razak Omar.

Menurut Hee Sem, usaha tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran di Melaka yang
dianggarkan kira-kira 2.8 peratus iaitu paling rendah berbanding negeri-negeri lain.

Beliau juga turut berharap mereka yang masih mencari pekerjaan dapat memanfaatkan karnival yang
berlangsung selama dua hari itu pada hujung minggu ini.

Jelasnya, mereka yang bekerja sendiri juga boleh datang untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Skim
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso serta khidmat nasihat keushawanan dan buruh daripada agensi-
agensi kerajaan yang turut serta dalam karnival tersebut.

Daftar sekarang di pautan
https://careerfair.perkeso.gov.my/

Perkongsian posting di FB
https://bit.ly/MelakaCareertrans2022

(Visited 1,390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button