JenayahNasionalNegeri

Macau Scam: Pelajar IPT di Perlis rugi RM38,000

WALAU siapapun anda, bertanyalah dahulu kepada pihak berwajib jika mendapat panggilan atas tuduhan terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah.

Jangan sesekali gentar dan lemah apabila digertak oleh individu yang mengaku sebagai “pegawai polis” yang mendakwa anda telah melakukan kesalahan jenayah serta mahukan pula ganjaran wang sebagai timbal balas bagi menyelesaikan segala tuduhan.

Yushariffudin Mohd Yusop

“Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar ingin menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pegawai polis akan meminta mana-mana inidividu untuk memasukkan wang bagi menyelesaikan sebarang kes jenayah dan tindakan undang-undang,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop.

“Bertanyalah dan buat semakan terlebih dahulu sebelum mengikut apa-apa arahan yang hanya dibuat melalui talian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menasihatkan demikian setelah pihaknya semalam (30 November) menerima laporan kes Macau Scam yang melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 20 tahun di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Arau.

Pelajar ini mengalami kerugian sebanyak RM38,000 setelah diperangkap oleh Macau Scam.

Yusharifuddin berkata, mangsa dikatakan telah menerima panggilan telefon di mana pemanggil mendakwa dia terlibat dalam siasatan kes jenayah melibatkan kesalahan penggubahan wang haram dan sindiket dadah.

Katanya, mangsa diberitahu akan ditangkap polis jika gagal memberi kerjasama untuk siasatan kes.

“Mangsa kemudiannya diarah memasukkan wang sebanyak RM38,000 ke dua akaun berbeza setelah menerima arahan suspek yang menyamar sebagai “pegawai polis” ini atas alasan untuk semakan duit dalam akaun bank milik mangsa,” tambah beliau.

Yusharifuddin berkata, mangsa kemudiannya menyedari telah ditipu setelah memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.

Berikutan itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kangar telah menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK). – SM

BACA Love scam berjaya jebak nelayan RM284,000

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button