Politik

Lunas manifesto, umur tak jadi halangan – Lim Guan Eng

MENJADI keutamaan adalah menunaikan janji dalam manifesto, itu yang perlu dijadikan perhatian, bukan isu umur, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Jelasnya, pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor seharusnya tidak menjadi masalah, yang penting adakah Menteri Besar Johor baru itu mampu meneruskan manifesto yang dijanjikan.

“Saya rasa itu lebih penting. Jadi, wakil rakyat kita akan memastikan bahawa janji-janji itu ditunaikan khususnya peruntukan RM200,000 kepada setiap kawasan” katanya.

Tambahnya, calon DAP bersama Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyerah malah akan terus berkhidmat dalam kawasan mereka walaupun terdapat calon DAP yang kalah.

“Saya rasa perkara ini sangat positif, kerana menunjukkan sama ada kita menang atau kalah… Kita tidak putus asa dan terus berkhidmat” ujar beliau — Bernama — SM

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button