Luar Negara

Guru rogol 13 pelajar dipenjara seumur hidup

SEORANG guru di Indonesia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati bersalah merogol 13 orang pelajar Yayasan sekolah pondok.

Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat itu mendapati Herry Wirawan, 36, bersalah merogol mangsa yang kesemuanya di bawah umur.

Lebih mengejutkan apabila lapan daripada mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua orang lagi sedang mengandung.

Mangsa rogol guru itu merupakan pelajar daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun lalu.

Kejadian itu mula terbongkar apabila keluarga salah seorang mangsa melaporkan Herry kepada polis kerana merogol dan menggandungkan anak perempuan mereka tahun lalu.

Dalam pada itu, hakim, Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Herry yang hanya menundukkan kepalanya semasa hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun, Herry meminta hakim meringankan hukuman atas alasan mahu membesarkan anak-anaknya.

Mahkamah turut berkata, pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tidak bersetuju dengan hukuman mati kerana menganggap hukuman bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. -SM

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button