Luar Negara

Biden perlu 61 undi untuk sah menang Presiden AS

CALON Parti Demokrat dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memerlukan 61 undi untuk memenangi pilihan raya negara itu.

Setakat pukul 11.30 malam waktu tempatan, Biden berjaya memperoleh 201 undi berbanding Presiden, Donald Trump, dari Parti Republik sekadar mendapat 118 undi.

Berdasarkan kedudukan tersebut, Biden dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya AS dan menjadi Presiden negara itu yang ke-46.

Sehingga kini 13 negeri masih lagi belum memperoleh keputusan muktamad, namun Trump dilihat mendahului kiraan di 10 negeri.

Sementara Biden pula mendahului di tiga negeri seperti Arizona, Minnesota, dan Maine, bagaimanapun berjaya mengesahkan sokongan di 17 negeri.

Berbanding Trump, Presiden As ke-45 itu berjaya mengesahkan sokongan di 18 negeri dan memperoleh 48.6 peratus keseluruhan undi setakat ini.

Berdasarkan sistem pilihan raya AS, untuk memenangi kerusi Presiden, calon perlu mendapatkan sokongan daripada 270 undi daripada Senat negara itu yang seramai 538.

Secara teknikalnya, rakyat AS akan mengundi calon anggota Senat pilihan mereka dan sokongan calon berkenaan pula menentukan kedudukan Presiden.

Biden yang juga bekas Timbalan Presiden ketika era Barrack Obama memberikan saingan sengit kepada Trump dalam pemilihan kali ini.

Trump sekiranya gagal mengekalkan jawatan Presiden, beliau bakal menjadi sebilangan kecil Presiden AS yang hanya memerintah selama sepenggal dalam sejarah moden negara itu. – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button