Luar Negara

Ganjaran hadapi COVID-19, komuniti kaya Korea Selatan ‘gila’ beli kereta mewah

SEORANG ahli perniagaan Korea Selatan, Hwang Min-yong baru saja menerima kereta Porsche Cayenne berwarna hitam yang ditempahnya selepas tujuh bulan menunggu.

“Porsche adalah kereta idaman saya. Saya tidak merasakan kesan COVID-19 kerana syarikat saya kurang terjejas,” kata Min-yong, yang merupakan pemilik sebuah syarikat teknologi.

Kejayaan Korea Selatan menangani wabak COVID-19 dalam tempoh yang agak cepat menyaksikan peningkatan mendadak terhadap permintaan bagi kereta premium dan mewah.

Ramai jurujual berpendapat ia merupakan satu cara golongan berpendapatan mewah menunjukkan mereka tidak terjejas akibat wabak itu, lapor Reuters.

Dari Januari hingga Mei tahun ini, jualan Porsche di Korea Selatan meningkat 46% berbanding tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, pakar ekonomi berkata, kenaikan penjualan kereta import menggambarkan jurang kekayaan di Korea Selatan, yang merupakan negara antara negara maju di dunia.

“Jualan yang tinggi adalah bukti kuasa beli yang besar dalam kalangan golongan kaya walaupun ketika negara dilanda pandemik,” kata Yang Jun-ho, seorang profesor ekonomi di Universiti Nasional Incheon.

Menurut Jun-ho, golongan ini mendapat keuntungan daripada kenaikan harga saham dan hartanah, sementara pekerja di peringkat bawahan pula kehilangan pekerjaan.

Untuk rekod, pada Mei lalu, angka pengangguran di Korea Selatan melonjak ke tahap paling tinggi selepas 10 tahun. – SUMBER ASTRO AWANI-SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button