fbpx
Luar Negara

COVID-19: Indonesia terus parah, catat lebih 3,000 kes positif baharu dua hari berturut-turut

INDONESIA mencatatkan kes positif baharu COVID-19 melebihi angka 3,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 3,308 kes positif baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas iaitu jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Semalam, sebanyak 3,003 kes positif baharu direkodkan.

Kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 169,195 manakala jumlah kematian sebanyak 7,261 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 92 lagi kematian berlaku di republik berkenaan.


Provinsi Jakarta mencatat kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 37,943 diikuti Jawa Timur (32,754) dan selebihnya di 32 provinsi lain.

Provinsi Jawa Timur mencatat jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,323 orang diikuti Jakarta (1,174), Jawa Tengah (975), Sulawesi Selatan (360) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button