Nasional

Neelofa perlu dikenakan kompuan – Polis

Pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail perlu dikenakan kompaun susulan majlis perkahwinan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, keputusan itu bagaimanapun terletak pada keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

“Setakat ini kita sudah serahkan kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya. Kita hanya beri cadangan agar beliau dikenakan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini, perkahwinan Neelofa dan suaminya bukan sahaja mendapat perhatian ramai selepas tersebar gambar tetamu yang didakwa telah melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

Polis kemudian telah melakukan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pada 5 April lalu, Neelofa dan pasangannya itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan. -SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button