Luar Negara

Makan daging mentah lebih 2 bulan sebagai eskperimen kesihatan

SEORANG pencinta daging telah melakukan eksperimen untuk melihat berapa lama dia boleh bertahan dengan hanya memakan daging mentah setiap hari.

Lelaki dari Amerika Syarikat itu dilaporkan telah berjaya memakan daging mentah selama 78 hari setakat ini dan bahagian kegemarannya ialah dada ayam, stik dan ikan todak.

Dia juga dilaporkan tidak mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk.

Menurut laporan Metro, dia telah mendokumentasikan eksperimennya untuk ‘makan daging mentah setiap hari sehingga dia mati akibat jangkitan bakteria’ di akaun Instagramnya di @rawmeatexperimen.

Sebelum makan, dia akan mencuci daging kegemarannya dengan telur mentah atau susu haiwan mentah.

Dalam salah satu posting awalnya di Instagram, lelaki yang tidak diketahui namanya, akan mengoyakkan stik, menggigit lemak, sementara diperhatikan oleh anjingnya yang lapar.

Mengambil diet memakan daging mentah dengan melampau, dia turut menikmati hidangan istimewa iaitu hati lembu dan susu unta.

Pada hari ke-33, dia mencincang daging lembu dan memberitahu pengikutnya bahawa dengan mencincang daging itu, dia tidak perlu mengunyahnya.

Pada hari ke-40, dia mendedahkan bahawa dia selesa makan 453 gram daging cincang dalam masa lima minit, namun dia tidak memakan daging mentah setiap hari kerana dia turut menikmati stik dan kentang yang dimasak atau ayam dan nasi.

Walaupun dia kelihatan seperti akan jatuh sakit, dia menegaskan bahawa makan daging mentah telah meningkatkan kesihatannya.

Dia turut menjelaskan bahawa sebelum ini dia pernah makan makanan berasaskan tumbuhan tetapi dia mengalami masalah kesihatan dan beralih pada daging dalam usaha untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

“Apabila saya mula makan stik dan telur untuk sarapan pagi dan bukannya bagel dan smoothie, saya berasa kenyang sepanjang hari dan rasa stabil, daripada mendapat pening, dan sakit saya mula hilang,” katanya. – SM

(Visited 603 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button