NasionalNegeriPendidikan

Graduan perlu sasar menjadi yang terbaik – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya para graduan mempunyai sasaran
untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara yang diceburi.

Baginda bertitah, sesungguhnya dengan menyasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara atau urusan, adalah perkara yang sukar.

“Sebarang kegagalan itu pula merupakan perkara biasa, namun pastikan anda belajar daripada sebarang kegagalan tersebut agar anda tidak mengulanginya dan dapat terus melangkah ke hadapan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Sidang Ketujuh Bagi Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, Arau semalam.


Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Di majlis tersebut Raja Muda selaku Canselor berkenan menganugerahkan folder ijazah kepada 331 graduanjurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian bagi Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi dan Kejuruteraan Biosistem.

Turut disampaikan ialah Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) bagi Teknologi Makanan,
Proses Kimia Industri dan juga Bioteknologi Industri.

Tuanku Syed Faizuddin dalam titah juga menyarankan supaya diberikan graduan memberi fokus kepada perkara yang di dalam kemampuan diri kita.

“Orang yang berjaya adalah mereka yang memberi fokus terhadap perkara yang mereka mampu kawal,” titah Baginda.

Titah Baginda, laksanakan perubahan kepada diri sendiri dahulu kerana kita hanya mempunyai kawalan sepenuhnya kepada diri sendiri, dan insya-Allah akan mampu membawa perubahan kepada mereka yang di sekeliling kita pula. – SM

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button