AgamaNasionalNegeri

Martabatkan pendidikan al-Quran – Raja Muda Perlis

MEMARTABATKAN pendidikan al-Quran merupakan inisiatif dalam mewujudkan program dan aktiviti berteraskan Pendidikan al-Quran yang mana ia perlulah dimartabatkan dalam kehidupan umat Islam.

Kelas-kelas pengajian seperti kelas bacaan al Quran, tajwid, hafazan, dan tafsir perlu dipergiatkan supaya masyarakat Islam lebih terdidik untuk mencintai al Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.

KEBERANGKATAN tiba Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berangkat merasmikan majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023 Masihi Bersamaan 1444 Hijrah anjuran Jabatan Hal Ehwall Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis malam tadi.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berangkat merasmikan majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023 Masihi Bersamaan 1444 Hijrah anjuran Jabatan Hal Ehwall Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis malam tadi

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Exco Agama Negeri, Muhammad Azmir Azizan dan Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2023 Masihi Bersamaan 1444 Hijrah anjuran Jabatan Hal Ehwall Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis malam tadi.

Raja Muda bertitah, al Quran adalah kitab suci yang diturunkan Allah kepada manusia untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam kehidupan harian.

BACA https://suaramerdeka.com.my/raja-muda-perlis-lancar-digital-pendidikan-jamalullail/

“Hal ini meliputi seluruh aspek kehidupan sama ada akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya,” titah Baginda.

Sehubungan itu, titah Baginda, seharusnya manusia sebagai hamba Allah perlu berusaha mendalami isi kandungannya agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, antara faktor utama kekuatan umat Islam ialah keteguhan dalam berpegang dan beramal dengan pedoman al Quran.

Selain itu titah Baginda, pendidikan yang sempurna mengenainya mampu melahirkan umat Islam yang hebat dan berdaya saing.

“Ia juga akan menjadi benteng dalam menyekat anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan akidah dan prinsip agama seseorang Islam,” titah Baginda.

BACA https://suaramerdeka.com.my/masyarakat-perlu-lengkap-diri-ilmu-kemahiran-ikut-perkembangan-semasa-raja-muda-perlis/ – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button