EkonomiNasional

Bank Rakyat perkenalkan ARROW sebagai kemudahan perbankan untuk komuniti tempatan di Bintulu

Bank Rakyat hari ini melancarkan inisiatif kemudahan perbankan Bank Bergerak yang dikenali sebagai ARROW di sini. Bintulu merupakan lokasi kedua ARROW di Malaysia selepas Johor, yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan perbankan untuk komuniti yang kurang dan tidak mendapat perhatian terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak.

 

ARROW merupakan saluran alternatif yang memudahkan pelanggan tanpa perlu mengunjungi kaunter Bank yang terletak di kawasan bandar. Antara perkhidmatan perbankan yang disediakan seperti:

  • Pembukaan Akaun Simpanan-i, Akaun Deposit Berjangka-i atau Akaun Semasa-i Eletronik (ECA-i)
  • Pembiayaan Pajak Gadai-i (Ar-Rahnu)
  • Transaksi tunai
  • Permohonan dan pembayaran pembiayaan
  • Permohonan Kad Kredit-i
  • Permohonan takaful
  • Pembayaran bil
  • Kiriman wang
  • Transaksi kewangan kepada Tabung Haji, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan SSPNi.

 

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, pengenalan ARROW ini selaras dengan hasrat negara untuk mewujudkan pembangunan seimbang bandar dan luar bandar kerana akses kemudahan sebegini membolehkan komuniti mendapatkan perkhidmatan perbankan tanpa perlu bergerak ratusan kilometer untuk ke bandar.


Pada masa yang sama, akses perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh ARROW juga dapat meningkatkan aliran tunai di kawasan setempat. Bukan sahaja memudahkan masyarakat setempat melakukan transaksi kewangan, malah inisiatif ini juga memudahkan usahawan dan koperasi menjalankan urusan perniagaan harian menerusi saluran alternatif ini,” ujar beliau.

 

Sementara itu, menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan, menerusi kemudahan yang ditawarkan oleh ARROW membolehkan produk Bank Rakyat menembusi pasaran di kawasan pedalaman negeri Sarawak.

 

Inisiatif Bank Bergerak ini selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) dengan merakyatkan perkhidmatan perbankan serta mendigitalisasikan sistem perbankan agar kemudahan kami dapat dinikmati menjangkaui sempadan.

 

Pada masa yang sama, ia juga bagi mengukuhkan Perantaraan Berasaskan Nilai (VBI) seperti mana yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan impak yang positif kepada ekonomi serta komuniti menerusi penyediaan perkhidmatan kewangan yang mampan dan terangkum. Bank Rakyat sentiasa komited terhadap kewangan inklusif bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kewangan yang berkualiti.

 

ARROW beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di sekitar Bintulu seperti di kawasan Tatau, Sebauh, Sungai Asap, Nyalau dan Kuala Tatau,” ujarnya.

ARROW telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.

 

Selain Bank Bergerak Bank Rakyat, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg turut melancarkan Bank Bergerak daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), AgroBank dan RHB Bank yang mana ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Sarawak bagi menyediakan kemudahan perbankan untuk masyarakat di sini.

(Visited 120 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button