Pendidikan

UPSI JALIN KERJASAMA DENGAN AIU KONGSI KEPAKARAN BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK

Tanjung Malim, 2 Jun 2022:
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) untuk mmperluaskan perkongsian kepakaran pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) antara kedua-dua buah institusi di Alor Setar semalam.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar yang mewakili UPSI, kerjasama tersebut bakal melihat perkongsian idea dan inovasi melalui penglibatan dalam program berkaitan pembangunan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), UPSI.
Sebagai sebuah universiti pendidikan, katanya, UPSI sentiasa komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan dengan menyebarkan ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, rundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks kecemerlangan pembangunan modal insan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” jelasnya selepas menandatangani perjanjian persefahaman di Kampus Lingkungan Ilmu Sharifah Rokiah, AIU, Alor Setar.
Sementara itu, Naib Canselor AIU, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin turut mengalu-alukan kerjasama dengan UPSI dan menyifatkan peluang untuk berkongsi pengalaman seterusnya melestarikan perkembangan pendidikan negara yang lebih mapan.
“Demi meneraju sinergi pendidikan tanahair yang lebih baik, pusat pengajian perlulah berganding bahu bekerja seiring, bukannya bersaing antara satu sama lain. Dengan kerjasama yang terjalin ini sekaligus dapat membantu negara ke arah masa depan pendidikan yang lebih baik,” jelasnya.

KETERANGAN GAMBAR
1. Prof Dr Suriani (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Abd Aziz (dua dari kiri) di Kampus Lingkungan Ilmu Sharifah Rokiah, AIU di Alor Setar, Kedah.
2. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar
3. Naib Canselor AIU, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
2 JUN 2022

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button