Alam Sekitar

Gagal penuhi kriteria, UNESCO tarik pengiktirafan ke atas Tasik Chini

DISEBABKAN terkenal dengan landskap flora dan fauna yang cantik, Tasik Chini pernah membanggakan Malaysia apabila mendapat pengiktirafan dunia pada tahun 2009.

Ini berikut Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berpendapat Tasik Chini wajar dilestarikan.

Namun siapa sangka baru-baru ini, Tasik Chini tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia.

Dalam erti kata lain, pengiktirafan itu ditarik balik UNESCO kerana pelbagai faktor yang menyumbang kepada kerosakannya secara besar-besaran.

Antara yang menjadi punca, pembukaan semula lombong dan penebangan hutan secara tidak terkawal dan menggantikannya dengan menaman pokok getah serta kelapa sawit.

Dalam masa sama, masyarakat orang asli tempatan seperti suku jakun turut terjejas kerana ekosistem kehidupan mereka hanya bergantung hanya kepada sumber hutan.

Dek kerana isu penarikan pengiktirafan itu, rata-rata rakyat Malaysia kecewa dengan perkara yang telah berlaku dan tidak berpuas hati dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Susulan kes ini, pihak berkuasa Malaysia telah mengemukakan pelan terperinci mengenai Rizab Biosfera Tasik Chini menjelang 30 September tahun ini bagi memelihara khazanah tersebut.

(Visited 673 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button