Alam Sekitar

Merdekakah kita buang pelitup muka bersepah-sepah?

SEORANG penunggang basikal rekreasi membentuk perkataan ‘Merdeka’ menggunakan pelitup muka yang dikutipnya sepanjang melakukan kayuhan di sekitar ibu negara.

Hampir 50 helai pelitup muka yang telah digunakan itu ditemuinya dibuang di atas jalan raya oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab.

CHAMP19NS @ruud_irwan mempersoalkan, negara telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang bersikap pengotor.

Menurutnya, tindakan segelintir mereka yang tidak prihatin itu mungkin boleh menyebabkan orang lain dijangkiti virus berbahaya melalui pelitup muka yang dibuang begitu sahaja.

Kita tahu bahawa virus berbahaya seperti Covid-19 mampu hidup berpuluh-puluh jam di atas permukaan plastik.

“Pelitup muka yg aku jumpa sepanjang kayuhan di sekitar KL pagi tadi. Merdekakah kita kalau masih ada sikap pengotor macam ni?

“Lupuskan pelitup muka dengan betul bagi elakkan jangkitan kepada orang lain,” tegur CHAMP19NS @ruud_irwan di Twitternya.

Laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2020 menganggarkan penduduk Malaysia berjumlah 32.73 juta.

Jika setiap rakyat menggunakan pelitup muka yang kini menjadi wajib dipakai ditempat awam, bermakna sekurang-kurangkan 32.73 helai pelitup muka digunakan sehari.

Bayangkan jika setiap orang mengganti pelitup muka pada setiap hari, bermakna beratus-ratus juta helai akan digunakan pada setiap bulan. Angka itu boleh mencecah berbilion-bilion helai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

 

Dan sekarang bayangkan jika separuh daripada kita bersikap tidak bertanggungjawab dengan melemparkan sahaja pelitup yang sudah digunakan di atas jalan dan tanah.

Apabila hujan pelitup muka ini akan dibawa oleh air hujan masuk ke dalam longkang dan kemudiannya masuk ke dalam sungai.

Dari sungai, ada yang akan masuk ke dalam kolam takungan air yang kemudiannya akan menjadi air paip yang akan disalurkan ke rumah-rumah. Ada juga yang kemudiannya terus di bawa oleh air sungai masuk ke dalam laut.

Di peringkat global, aktivis memberi amaran pelitup muka boleh menjadi ancaman terhadap hidupan laut. Antaranya badan bukan kerajaan Opération Mer Propre di Perancis mengesan berdozen-dozen sarung tangan, pelitup muka dan botol sanitizer di dalam laut.

Haiwan sama ada di dalam air mahupun atas daratan tidak dapat membezakan antara makanan dan pelitup muka.

Jika mereka memakannya sama ada boleh mendatangkan kematian akibat tercekik ataupun akan maut disebabkan perut haiwan berkenaan tidak dapat menghadam sampah yang dimakan.

Maka, jadilah manusia yang bertanggungjawab. Buang pelitup muka yang sudah digunakan ke dalam tong sampah. Mudah.-SM

 

 

(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button