Alam SekitarNasionalpilihan

Amaran hujan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 8 sehingga 11 November ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ramalan itu melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.

Pada 3 Nov, MetMalaysia memaklumkan Malaysia akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini (7 Nov) dan berterusan sehingga Mac depan.

Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh berkenaan empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button