NasionalNegeri

Tokoh ulama, Syaikh Dr. Said Ibn Muhammad al-Kamali diundang ke Zikra Rasul di Perlis

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap tokoh ulama terkenal Maghribi, Syaikh Dr. Said Ibn Muhammad al-Kamali di Balai Menghadap Biru Istana Arau, malam tadi.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dr Said berada di Perlis bagi menghadiri ‘Tausiah Syeikh Said Al-Kamali sempena Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis.

Program ini anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) diadakan pada pada 9.30 pagi hingga 12 tengahari hari ini di Auditorium KUIPs, Seberang Ramai Kuala Perlis.

Tokoh ulama berusia 50 tahun yang dilahirkan di Rabat, Maghribi ini mendapat pendidikan awal dengan menekuni serta mendalami ilmu al-Quran di Marrakech.

Beliau berulang-alik setiap minggu selama enam tahun ke wilayah Marrakech iaitu lebih kurang 350 kilometer (km) dari wilayah Rabat untuk bertalaqqi dengan Syeikh al-Muqri yang ternama iaitu Syeikh Abdul Rahim Nabulsi, salah seorang pemilik Ijazah Bersanad Tertinggi Ilmu Qiraat.

Dr. Said dianugerahkan Ijazah Bersanad 10 Qiraat bacaan al-Quran.

Beliau juga mahir dalam pelbagai teks dan matan dalam pelbagai ilmu iaitu imu Nahu, ilmu Sarf, ilmu Balaghah, Feqh, Hadith, Mustalah Hadith, Syair Kesusasteraan Arab dan lain-lain lagi.

Dalam perkembangan lain, kemuncak ‘Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis’ akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Forum Zikra al-Rasul MAIPs bertajuk ‘Rasulullah S.A.W. : Cinta, Ikutan atau Slogan’ yang akan diadakan selepas solat Maghrib pada 11 Oktober ini di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Orang ramai dijemput hadir. – SM

(Visited 1,732 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button