Politik

Formula air kelapa Rafizi bila jadi menteri, kerajaan

Saya faham perang media sosial masih panas – mainan politik PN/PAS terus berlaku.

Tetapi tanggungjawab utama kerajaan adalah membaiki kehidupan rakyat.

Masa waktu yang dibayar gaji oleh rakyat, saya akan tumpu kerja sebagai menteri. Keutamaan sekarang adalah melaraskan dasar-dasar dan pelaksanaan projek supaya memberi impak paling besar kepada rakyat dalam persediaan kita menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangka lebih menguji kekuatan dan daya tahan ekonomi negara.

Diluar waktu kerja, saya akan berdepan dengan PN/PAS. Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan dan juga akan selaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang.

Mereka ingat jadi pembangkang ini hanya menimbulkan sentimen kebencian. Mereka lupa bahawa menjadi pembangkang juga perlukan pengetahuan mengenai dasar, memantau pelaksanaan, membawa suara rakyat dengan masalah seharian mereka.

Mulai minggu depan, selepas seminggu memahami keadaan semasa kementerian, saya akan mula:

– keluar kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR (bkn sebagai Menteri) untuk menggariskan perancangan dan usaha kita bersedia menghadapi 6 Pilihanraya Negeri yang akan datang.

– menyiarkan kandungan-kandungan politik (selain dari kandungan mengenai dasar dan program sebagai menteri) supaya kita mematahkan sentimen kebencian yang dibawa sekarang.

Kenyataan mengenai dasar kementerian, kedudukan ekonomi dan yang berkaitan akan dibuat melalui saluran rasmi sebagai menteri.

Mulai Januari 2023, saya juga akan mula gerakkan kempen untuk PRN di 6 buah negeri.

Kita akan berkempen seperti sebelum membentuk kerajaan atas platform PKR dan @ayuhMYmovement tanpa penglibatan satu sen duit dan masa kerajaan.

Jadi kepada kawan-kawan yang risau di luar, Insya Allah kami ada perancangan yang disusun untuk berdepan dengan lawan politik.

Masa yang dibayar gaji oleh rakyat adalah tanggungjawab negara dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik.

Masa kami sendiri (seperti waktu malam, hujung minggu dan lain-lain) adalah masa untuk berkempen supaya tidak ada campur aduk di antara tanggungjawab sebagai menteri dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti.

Masa untuk kita zahirkan perubahan budaya politik

Jangan jadi seperti PN/PAS – masa mereka jadi kerajaan, semua berpuas hati dan kebajikan rakyat tidak terjaga. Masa dah kena buang dari kerajaan (oleh rakyat) baru terpaling lantang.

Kita jumpa di pentas rakyat dan Parlimen nanti.

Biar rakyat hakimi siapa yang lebih bertanggungjawab kepada rakyat dengan amanah yang diberikan.

(Gambar sekadar hiasan – memanaskan badan untuk marathon tanggungjawab yang pelbagai selepas ini. Air kelapa adalah penawar yang baik )

Petikan dari FB Rafizi Ramli

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button