Nasional

Lanjutan kontrak Azam Baki tolak persepsi

SEMALAM kontrak perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambung yang sekali gus menolak persepsi buruk terhadap beliau dalam isu pemilikan saham sebelum ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun dakwaan salah laku dan pemilikan saham dilemparkan kepada Azam, PAS secara konsisten menerima penafian terhadap kesalahan itu.

“PAS percaya lanjutan tempoh perkhidmatan beliau ini turut mengesahkan kepercayaan tersebut dan menolak persepsi buruk yang cuba dilontarkan terhadap beliau dan SPRM oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Pada 2021, Azam menjadi perhatian media susulan dakwaan berkait pemilikan saham.

Beliau menyangkal sebarang dakwaan salah laku dan disoal oleh tiga jawatankuasa SPRM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya mengumumkan isu tersebut selesai selepas Suruhanjaya Sekuriti (SC) mendapati tidak ada kes terhadap Azam.

Selain itu, Takiyuddin berkata, dengan lanjutan perkhidmatan Azam walaupun sudah mencapai umur persaraan wajib, membuktikan beliau seorang pembanteras rasuah yang berkesan.

Semalam, kerajaan mengumumkan tempoh perkhidmatan Azam sebagai ketua SPRM dilanjutkan setahun lagi berkuat kuasa 12 Mei. – SM

BACA Kekal Azam Baki elak persepsi perdana menteri bertukar, Ketua Pesuruhjaya SPRM pun bertukar

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button