NasionalPolitik

Resolusi BERSATU-Pas kukuhkan kestabilan politik negara

Resolusi tujuh perkara yang dilahirkan daripada Muzakarah PAS BERSATU adalah jelas dan tegas.
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sebagai salah seorang yang hadir mewakili BERSATU, beliau merasakan resolusi itu juga memberi hala tuju jelas untuk memperkukuh kestabilan politik dalam negara.
Dalam resolusi tersebut, kita mengulangi komitmen secara bersama kepada perjuangan menegakkan integriti, kejujuran, kestabilan dan perpaduan yang inklusif.
“Kita turut melahirkan rasa kesal dengan kerakusan kluster mahkamah dalam UMNO yang secara aktif menutup pintu perpaduan dan menggugat kestabilan politik.
“Saya perlu tegaskan bahawa Bersatu sentiasa komited mahukan perpaduan. Sejak 2020 kita bersetuju menerima jemputan daripada Presiden UMNO dan Presiden PAS untuk menyertai Muafakat Nasional kerana kita mahu kesatuan.
“Tetapi yang memerangi kesatuan ialah kluster mahkamah dalam UMNO. Mereka lah yang menghasut UMNO untuk menutup pintu kepada perpaduan dan sehingga hari ini mereka seolah-olah menunggang UMNO untuk menyelamatkan diri sendiri. Padahal dalam UMNO ramai yang ikhlas mahukan perpaduan dan kesatuan,” katanya dalam hantaran di facebook.
Menurut Wan Saiful, para penyokong kluster mahkamah secara berjemaah mengambil tindakan memaksa Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan.
Katanya, mereka bersekongkol menjatuhkan Dato Seri Faizal Azumu di Perak. Mereka berpakat menolak kesatuan dalam PRN Melaka.
“Dan penyokong kluster mahkamah juga dengan licik merancang pembubaran DUN Johor dalam kerakusan memburu kuasa di Johor juga.
“Jadi, kalau ada yang berkongsi impian kita mahu melihat kestabilan dan kesatuan politik, sila tanya dengan UMNO kenapa mereka benarkan kluster mahkamah menguasai parti mereka sehingga berlaku pergolakan berterusan politik negara.
“Kita sudah bersusah payah membina kesatuan supaya negara ini stabil. UMNO mesti jawab kenapa mereka begitu rajin meruntuhkan kesatuan yang telah kita bina dan kenapa UMNO begitu tamak mahu membolot kuasa.
“Adakah kluster mahkamah mempunyai kuasa yang begitu besar dalam UMNO sehingga UMNO sudah lari dari matlamat dan tidak peduli lagi dengan kestabilan politik Melayu,” katanya.
(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button