Nasionalpilihan

FINAS siasat kes jangkitan Covid-19 di lokasi penggambaran

Unit Penguatkuasa Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah membuka kertas siasatan berhubung kes jangkitan Covid-19 yang melibatkan syarika produksi di sebuah lokasi penggambaran.

FINAS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum akan isu dan perkara tersebut yang telah menjadi tular di dalam portal dan platform media sosial.

“Penguatkuasa FINAS telah mengambil langkah proaktif bagi memantau aktiviti penggambaran filem di bawah Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) di lokasi penggambaran bagi memastikan setiap syarikat produksi mematuhi SOP Penggambaran yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita juga telah mengambil inisiatif dengan menyalurkan maklumat dan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam ada itu, FINAS juga mengingatkan kepada semua Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang telah dilantik oleh syarikat produksi masing-masing untuk memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sentiasa memastikan artis dan krew mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan dan merekodkan di dalam Buku Log yang telah disediakan oleh FINAS.

Jelasnya, FINAS sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang terlibat sama dalam menangani dan
menyelesaikan isu yang berbangkit ini demi memastikan nama baik industri kreatif terpelihara.

“FINAS juga ingin menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada FINAS sekiranya mendapati berlaku perlanggaran SOP yang melibatkan aktiviti penggambaran,” katanya. -SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button