NasionalNegeri

“Jom Masak Kuah Rojak ” isi sambutan Hari Malaysia di Bintong

PELBAGAI cara dilakukan bagi menyambut Hari Malaysia pada 16 September. Asalkan dapat berkumpul beramai-ramai sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan masyarakat setempat ia disifatkan sudah mencukupi.

Sekali lagi Persatuan Kebajikan Wanita Wang Bintong dan Pusat Seroja menganjurkan “Jom Masak Kuah Rojak” sempena meraikan Hari Malaysia.

Pengerusinya Rosmuna Ibrahim atau lebih dikenali Che Muna menganjurkan program ini supaya ahli mendapat manfaat sambil meraikan Hari Malaysia bersama-sama.

Pertandingan gubahan berasaskan kuah rojak menjadi kemuncak program “Jom Masak Kuah Rojak” di Kampung Jarak, Bintong, Perlis,

“Kita tidak mahu menjadi wanita masih yang membuang masa sebaliknya menggunakan ilmu  seperti kebolehan membuat kuah rojak ini bagi menambah pendapatan,” katanya.

Katanya, kuah rojak antara makanan yang mesti ada di dalam rumah masing-masing kerana “wanita dan kuah rojak” memang tidak dapat dipisahkan.

“Biasanya kuah rojak menjadi pilihan untuk dibuat rojak buah atau diicicah dengan pelbagai jenis buah seperti mempelam, jambu dan sebagainya,” katanya yang menjadikan pekarangan rumahnya di Kampung Jarak sebagai lokasi program.

Sehubungan itu katanya, kira-kira 70 wanita terlibat dalam membuat kuah rojak yang hanya menggenakan RM10 sebagai yuran penyertaan.

Selain itu, kata Cik Muna para peserta juga diajar untuk membuat ais kacang atau Air Baru Campur (ABC).

Kuah rojak yang siap dimasak diagihkan untuk perserta “Jom Masak Kuah Rojak” sempena Hari Malaysia.

Di akhir program, para peserta terlibat pula dalam pertandingan  gubahan yang berasaskan kuah rojak.

Penat berganding bahu bergilir-gilir memasak kuah rojak, selain ada yang memotong buah nanas, sengkuang serta timun namun masing-masing puas apabila menikmati mee kuah tulang dari air tangan Cik Muna.

Rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati kerana dapat mengisi Hari Malaysia dengan aktiviti berfaedah bersama masyarakat setempat. – SM

(Visited 485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button