Hiburan

FINAS pandang serius isu jual diri, pengubahan wang haram

INDUSTRI hiburan tanah air sejak seminggu yang lalu panas dengan isu-isu yang mengaiktan penglibatan selebriti tanah air dalam aktiviti pengubahan wang haram dan aktiviti persundalan (jual diri).

Namun, sehingga kini belum ada kesahihan melibatkan nama-nama artis yang dikaitkan dan tuduhan itu ibarat sekadar memetik nama sahaja berdasarkan pendapat peribadi.

Peka dengan apa yang berlaku, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memberi amaran kepada pengguna laman media sosial tidak serkap jarang terhadap penggiat industri kreatif negara.

Perkara itu ditegaskan Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid yang berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan isu semasa yang melibatkan penggiat seni.

“Kita ambil tahu isu semasa seperti pengubahan wang haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan penggiat seni demi memastikan nama baik industri terpelihara.

“Kita juga ingin mengingatkan supaya jangan bertindak serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti penggiat industri kreatif,” katanya.

Menurut Zakaria, pihaknya juga memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas selaras dengan sistem perundangan negara.

Ujarnya, FINAS juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

Tambahnya, aduan dan pandangan daripada mana-mana organisasi dan individu amat dialu-alukan untuk kebaikan industri kreatif negara. -SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button