Hiburan

Minta rekaan baju percuma, Cromok dihentam netizen

BUAT pertandingan rekaan baju t-shirt tapi hadiahnya cuma penghargaan dan tandatangan ahli kumpulan Cromok.

Tiada langsung ganjaran dalam bentuk wang atau komisen daripada segi jualan baju tersebut.

Tidak dinafikan, kumpulan Cromok memang satu nama yang boleh dianggap lagenda dalam arena muzik rock tempatan tetapi tindakan minta rekaan secara ‘percuma’ tidak sama tahap dengan pengalaman kumpulan itu.

Menerusi akaun Facebook Karl Cromok, ramai netizen yang mula mempertikaikan kumpulan tersebut kerana dilihat terlalu berkira untuk membayar pereka.

Rekaan yang diminta pula menurut sebahagian netizen dianggap sebagai mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi.

BACA> Zaki Yamani, anak Jamal Abdillah pengsan ketika buat IG live

Terdapat dua konsep rekaan yang diminta iaitu lakaran ahli kumpulan Cromok atau Unicorn dan kedua-duanya dalam bentuk wayang kulit.

“Tiada bayaran ke? bagi penghargaan dan barangan cederahati dengan tandatangan band? lepas itu nak jual kat bundle pun belum tentu ada yang beli,” kata MarcVai Elvin Maxentius.

Seorang lagi pengguna Facebook, Dino Ezar juga berpandangan supaya Cromok dapat menambah sekurang-kurangnya RM1,000 sebagai ganjaran kepada tenaga, kos elektrik, masa dan kreativiti pereka.

Zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang terkesan daripada segi kewangan kerana kehilangan kerja dan kekurangan pendapatan.

Tindakan Cromok ini sebenarnya tidaklah salah tetapi mungkin tidak sesuai pada waktunya.

BACA> Salahkah irama dangdut digunakan video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’di Indonesia?

Cromok sebagai satu kumpulan rock yang boleh dianggap lagenda sebenarnya mungkin boleh mengeluarkan sedikit wang.

Kalau tidak dapat banyak, dapat bayar sedikit pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapatlah pereka ini menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadinya.

Lagipun, tindakan itu juga boleh dianggap sebagai situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Kalau setakat sijil dan penghargaan di laman sosial sahaja sebenarnya belum cukup. Tindakan itu seperti mengambil kesempatan di atas kebolehan orang lain. -SM

 

(Visited 745 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button