Hiburan

Bar tampilkan “Thai Hot Guy” tiada lesen hiburan

SEBUAH bar yang bakal dijadikan lokasi persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand serta berpakaian dalam wanita dikenali sebagai “Thai Hot Guy” didapati tidak mempunyai lesen hiburan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai satu acara hiburan bakal dianjurkan sebuah bar di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.

“Setelah meneliti iklan di Facebook milik bar berkenaan, kami dapati acara hiburan berkenaan bakal menampilkan pelayan lelaki ‘Thai Hot Guy’ sebagai tarikan utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis itu dilesenkan atas nama restoran Syarikat Beijing 9 Sdn Bhd.

Bagaimanapun beliau berkata, lesen restoran syarikat itu tamat pada 4 Februari 2021.

“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan. Tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau menjalankan aktiviti hiburan dibuat.

“DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat oleh penganjur,” katanya.

BACA LFL anjur kutip dana untuk wanita hina Islam di kelab komedi dan pasangannya RM40, 000

BACA Tidak adil hukum kelab komedi kerana tindakan biadap wanita itu, Douglas Lim

Terdahulu, PAS menggesa DBKL campur tangan dan mempertimbangkan semula kebenaran acara menampilkan pelayan lelaki dari Thailand itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bertentangan budaya tempatan dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, apatah lagi ia diadakan pada Ramadan.

Beliau berkata, acara itu mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas berdasarkan makluman dalam bahasa Cina dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris yang turut disertakan gambar aksi menjolok mata kumpulan berkenaan dengan pengunjung secara terbuka. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button