Hiburan

Filem Mulan versi remake animasi tangguh lagi tayangannya

FILEM Mulan lakonan Liu Yifei, yang merupakan versi remake animasi klasik Disney terpaksa ditangguhkan lagi tayangannya ke 21 Ogos depan.

Filem Walt Disney Co itu yang membabitkan kos pembikinan AS$200 juta (RM858 juta) dan merupakan filem live-action, sebelum ini pernah ditangguhkan .

Menurut Walt Disney Co dalam satu kenyataannya, penangguhan kali kedua ini merupakan satu tamparan hebat kepada pengusaha panggung wayang.

Ini kerana ramai kaki wayang dan pemerhati industri ternanti-nantikan tayangan filem blockbuster tersebut.

Walaupun memahami keadaan dunia yang masih bergelut dengan pendemik Covid-19 namun filem Mulan ini dirasakan dapat menarik perhatian penonton untuk datang menonton di panggung-panggung wayang.

Jika mengikut jadual asal, Mulan sepatutnya ditayangkan pada Mac lalu namun ditangguhkan ke 24 Julai susulan perintah berkurung yang dijalankan oleh kebanyakan negara.

Walt Disney Studios menerusi kenyataan Pengerusi bersamanya, Alan Horn dan Alan Bergman berkata, mereka tetap percaya filem Mulan mempunyai tarikannya dan tidak terjejas kerana filem itu mempunyai kekuatan dan mesej yang dibawa kepada penonton.

“Kami yakin walaupun keadaan semasa memaksa tayangan Mulan ditangguhkan sekali lagi, ia tidak terjejas,” kata mereka.

Filem Tenet arahan Christopher Nolan dikhabarkan mengalami nasib yang sama seperti Mulan.

Filem itu yang diharap mampu menarik orang ramai ke panggung wayang, juga terpaksa ditangguhkan tayangannya ke Ogos depan. – SM

 

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button