Hiburan

Album Rasa tampil pelbagai cerita tentang perjalanan penghibur – Datuk Ramli Sarip

Penyanyi lagenda terkenal, Datuk Ramli Sarip atau lebih mesra dengan gelaran Papa Rock bakal mengadakan Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 buat peminat yang merindui kemunculan di pentas nyanyian.

Selain bertemu peminat bermula Oktober hingga Disember ini, Ramli turut akan mempromosikan album Rasa yang diterbitkan pada 2021 sepanjang konsert jelajah tersebut yang difahamkan akan bermula dari Johor.

Seramai tujuh pemuzik hebat bakal bergandingan dalam membawakan lagu-lagu terbaharu daripada album Rasa selain lagu-lagu malar segar yang masih mahu didengari para peminat.

Jelas Ramli, album Rasa bukan hanya mengandungi cerita tentang perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi malah elemen perkembangan muzik turut mengikut waktu dan keadaan turut menjadi kelainannya.

Dalam erti kata lain, lagu-lagunya dicipta daripada perasaan dan pemikiran peribadi dalam kehidupan yang dilalui dan album Rasa ibarat cermin suaranya dalam berdepan fasa kematangan.

Ramli mengakui, album Rasa memiliki antara lagu yang terbaik untuk disampaikan.

“Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan mereka cipta konsep sangat menarik.

“Seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.

“Pembikinan dan penerbitan album Rasa menjadi lebih unik apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura,” jelasnya.

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button