NasionalNegeri

MB Selangor rombak portfolio Exco

KERAJAAN Selangor membuat rombakan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan melantik dua Exco baharu.

Perubahan yang berkuat kuasa serta merta itu turut melibatkan beberapa perubahan terhadap portfolio sedia ada.

Ia termasuklah mewujudkan lima portfolio baharu bertepatan dengan keperluan semasa kerajaan negeri.

Portfolio tersebut adalah, Pembudayaan Inovasi dan Smart Selangor yang nama asalnya Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, Pengurusan Bencana, Pemberdayaan Pekerja, Perpaduan dan Industri Halal.

Perubahan portfolio tersebut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Borhan dipilih memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan.

Sementara Mohd. Zawawi pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal.

Sementara penambahan portfolio baharu menyaksikan perubahan kecil pada Exco sedia ada.

Mereka adlaah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal, Hee Loy Sian.

Serta, Ganabatirau Veraman yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja.

“Besarlah harapan saya agar penstrukturan ini dapat memanfaatkan seluruh warga negeri Selangor melalui khidmat bakti terbaik ke arah merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama.

“Semoga Allah Azza Wa Jalla merahmati Selangor Darul Ehsan dan warganya.”

Demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataannya hari ini. – SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button