Nasional

Maut terjun sungai ketika dikejar polis

TINDAKAN dua lelaki terjun dari sungai ketika cuba lari ketika dikejar polis membawa padah apabila seorang daripadanya lemas.

Seorang lagi berjaya menyelamatkan diri selepas terjun ke dalam Sungai Semangar Kota Tinggi ketika dikejar polis.

Dalam kejadian jam 12.24 tengah hari itu, difahamkan kedua lelaki mereka terjun ke dalam sungai selepas lori yang dinaiki mereka dikejar polis.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan dimaklumkan anggota polis terdapat dua lelaki dewasa dipercayai terjun ke sungai itu ketika melarikan diri.
“Maklumat yang diperolehi kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki itu dikejar polis dari Kota Tinggi sehingga ke kawasan Semangar dan lori dinaiki mereka kehabisan minyak.

 

“Kedua-dua lelaki itu dikatakan keluar dari lori dan terjun ke dalam sungai. Polis mengesahkan salah seorang mangsa berjaya berenang ke tebing sungai dan menghilangkan diri manakala seorang mangsa lagi dipercayai lemas,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pijak bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat SAR) menggunakan teknik cari di permukaan di lokasi.

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button