Nasional

Kerjasama dua hala Malaysia-Belanda diperkukuh

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam rangka Lawatan Kerja ke Belanda bermula dari 19 hingga 20 Jun 2023.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Belanda selaku Menteri Luar. Lawatan kerja ini adalah selaras dengan usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Belanda.

Belanda merupakan rakan dagangan yang penting buat Malaysia, sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada tahun 1957. Belanda juga merupakan salah satu negara EU yang penting bagi Malaysia dari segi perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, dan banyak lagi.

“Dalam lawatan ini, saya akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat saya, TYT Wopke Hoekstra, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Belanda merangkap Menteri Luar Negeri. Pelbagai perkara akan dibincangkan terutamanya mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak di sini dalam usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pendidikan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lawatan kerja ini juga memberi peluang untuk beliau menjelaskan mengenai dasar Kerajaan semasa di bawah kepimpinan baharu, terutamanya mengenai dasar luar dan pelaburan asing, serta meningkatkan peluang perniagaan dan pelaburan Malaysia.

“Diharap Lawatan Kerja ini dapat mengekalkan momentum dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Belanda,” katanya. – SM

BACA Lawatan ke Paris tingkatkan hubungan dua hala, Zambry

BACA Menteri Luar UAE buat kunjungan hormat kepada PM Anwar

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button