fbpx
Nasional

Gesekan biola Dr Siti Hasmah tambat hati pengunjung Galeria Perdana

TUN Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mempersona pengunjung menerusi gesekan biola pada program ‘Bonda Unplugged Live’ di Galeria Perdana.

Penampilan istimewa isteri Perdana Menteri itu menyaksikan beliau mempersembahkan gesekan biola empat buah lagu iaitu ‘Hati Ke Hati’, ‘Epilog Cinta’, ‘Gubahanku’ dan ‘Getaran Jiwa’ pada slot pertama persembahan.

Dr Siti Hasmah kemudian meneruskan persembahan gesekan biola empat lagu kanak-kanak iaitu ‘Rasa Sayang’, ‘Lompat Si Katak Lompat’, ‘Chan Mali Chan’ dan ‘Geylang Si Paku Geylang’.

Persembahan itu diiringi oleh tujuh anggota pancaragam ‘Eagle Cop’s Band’ Ibu pejabat Polis Daerah Langkawi diketuai oleh Inspektor Syed Muhammad Izzuddin Syed Salehhuddin.

Turut hadir Pegawai Tadbir Galeria Perdana Mohamad Najib Adnan dan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim.


Program itu merupakan kerjasama Galeria Perdana, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi.

Bonda Unplugged Live turut dimeriahkan dengan kehadiran 110 pelajar dari lima sekolah rendah dan dua sekolah menengah di sekitar Langkawi. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button